Plot rampasan kuasa Jerman 2022
Plot rampasan kuasa Jerman 2022

Plot rampasan kuasa Jerman 2022

Pada 7 Disember 2022, 25 ahli kumpulan pengganas pelampau kanan telah ditangkap kerana didakwa merancang rampasan kuasa di Jerman.[2] Kumpulan itu, yang dipanggil "Kesatuan Patriotik" (Bahasa Jerman: Patriotische Union)(de) yang diketuai oleh "Majlis" (Bahasa Jerman: Rat),[3] ialah gerakan ekstremis sayap kanan Jerman Reichsbürger. Kumpulan itu bertujuan untuk menubuhkan semula pemerintahan beraja di Jerman dalam tradisi Reich Jerman, dengan kerajaan itu serupa dengan Empayar Jerman. Kumpulan itu didakwa mahu mencetuskan huru-hara dan perang saudara di Jerman agar ia dapat mengambil alih kuasa.[4]Lebih 3,000 polis dan pasukan khas menggeledah 130 lokasi di seluruh Jerman dan membuat beberapa tangkapan, termasuk Heinrich Reuss, keturunan House of Reuß, serta bekas Ahli Parlimen Alternatif untuk Jerman (AfD), Birgit Malsack-Winkemann.[5] Kumpulan itu juga termasuk anggota tentera dan polis yang aktif. Operasi terhadap kumpulan itu dianggap sebagai yang terbesar dalam sejarah Jerman, dan Ketua Pendakwa Raya Peter Frank mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan pengganas.[6]

Rujukan

WikiPedia: Plot rampasan kuasa Jerman 2022 https://www.bbc.com/news/world-europe-63885028 https://germany.detailzero.com/news/248174/Raid-ag... https://www.nytimes.com/2022/12/07/world/europe/ge... https://www.theguardian.com/world/2022/dec/07/germ... https://www.theguardian.com/world/2022/dec/07/key-... https://www.theguardian.com/world/2022/dec/09/cele... https://www.vice.com/amp/en/article/ake93g/germany... https://www.generalbundesanwalt.de/SharedDocs/Pres... https://www.haz.de/lokales/hannover/razzia-bei-rei... https://www.hessenschau.de/panorama/terrorgruppe-p...